AGENDA

Dua individu terperangkap dalam banjir kilat di ibu kota

9 Nov 2022, 12:09 AM
Dua individu terperangkap dalam banjir kilat di ibu kota

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Dua pengguna jalan raya berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kenderaan masing-masing akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia awal 20-an dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Beliau berkata wanita terbabit, yang memandu kereta jenis Perodua Axia, dan lelaki itu, yang memandu kereta jenis utiliti sukan Subaru, dikatakan tidak sempat mengundurkan kenderaan masing-masing apabila melalui kawasan banjir susulan hujan lebat petang semalam.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan. Kenderaan mereka juga sudah dibawa keluar dari kawasan banjir," katanya ketika dihubungi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 7.52 malam dan setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat dua kereta sudah ditenggelami air.

"Kedua-dua kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam," menurut kenyataan itu.

Polis Kuala Lumpur (KL) turut melakukan pemantauan di beberapa lokasi yang dinaiki air iaitu Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah dan Jalan Kuchai Lama.

Menurut laporan di Facebook Polis KL, air mulai surut di kedua-dua lokasi dan laluan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619