AGENDA

Syahredzan mahu perjuang hak rakyat dapat layanan adil perundangan (VIDEO)

8 Nov 2022, 6:14 AM
Syahredzan mahu perjuang hak rakyat dapat layanan adil perundangan (VIDEO)

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu memperjuangkan hak rakyat agar mendapat layanan yang adil dalam sistem perundangan.

Bertanding di Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata sebagai peguam dia aktif membantu mereka yang ditindas dan dizalimi dalam prosiding undang-undang.

"Saya percaya semua rakyat berhak mendapat perwakilan undang-undang dan dilayan sama rata dalam undang-undang," katanya menerusi Facebook semalam.

Syahredzan, 39, berkata demikian menerusi rakaman video pendek yang turut memperkenalkan ibu bapa serta isterinya.

Menurut Syadredzan tiga tahun kebelakangan ini kehidupan rakyat banyak berubah apabila ada yang hilang keluarga, sumber pendapatan dan pekerjaan.

"Rakyat Malaysia layak untuk mendapat kerajaan yang lebih baik, perihatin dan mengutamakan rakyat," katanya.

Dilahirkan di Selangor peguam itu bakal berdepan Hoh Hee Lee (Barisan Nasional), Nazrul Nazir (Perikatan Nasional) dan lima calon lain Parlimen Bangi.

                 

                   

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619