SELANGOR

JPS giat baik pulih benteng pecah di Tanjong Karang

6 Nov 2022, 12:52 PM
JPS giat baik pulih benteng pecah di Tanjong Karang

SHAH ALAM, 6 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang giat melakukan kerja pembaikan benteng yang dilaporkan pecah awal pagi tadi susulan banjir di Kilang Padi Tanjong Karang, dekat sini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan banjir berlaku disebabkan limpahan Sungai Tengi, Tanjong Karang itu berpunca daripada tekanan kuat yang disebabkan oleh air pasang besar.

Menurut JPS, susulan limpahan air Sungai Tengi sekitar 4 pagi tadi, pihaknya terus melaksanakan kerja pembaikan pada benteng Sungai Tengi namun tekanan air yang kuat menyebabkan berlakunya limpahan yang pada mulanya sedikit menjadi besar.

"Berikutan itu, pam bergerak berkapasiti 10 cusec telah diaktifkan serta-merta dan kerja pembaikan diteruskan serta pintu air pasang surut berhampiran telah dibuka pada 8 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Dilaporkan tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan akibat ban pecah di sekitar Pekan Tanjong Karang, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata kesemua yang berusia lingkungan empat hingga 70 tahun itu dipindahkan ke rumah jiran dan keadaan dilaporkan terkawal serta limpahan air setinggi satu meter awal pagi tadi di sekitar pekan itu telah surut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619