SELANGOR

Calon dengar rintihan peniaga terjejas ban pecah di Tanjong Karang

6 Nov 2022, 12:12 PM
Calon dengar rintihan peniaga terjejas ban pecah di Tanjong Karang

SHAH ALAM, 6 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Tanjong Karang mendengar keluh kesah peniaga Pasar Awam Tiram Setia, Hujong Permatang yang terjejas akibat ban pecah awal pagi tadi.

Menurut Siti Rahayu Baharin dari Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), keadaan itu menyebabkan banyak kedai tidak dapat beroperasi kerana pasar berkenaan dinaiki air.

Jelas beliau penduduk meminta masalah tersebut diselesaikan secepat mungkin selain mengharapkan luahan mereka diajukan kepada pihak berwajib.

"Pagi tadi kami ke Pasar Awam Tiram Setia, tapi ramai peniaga tidak boleh datang sebab pasar itu banjir.

"Walaupun dalam tempoh yang sekejap tetapi ia memberi kesan kepada penduduk, mereka tidak dapat berniaga," katanya menerusi video TikTok.

Siti Rahayu yang berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin berkata pihak berkuasa sudah pun ambil maklum dan cakna mengenai perkara tersebut.

Awal pagi tadi berlaku air pasang setinggi satu meter yang menyebabkan tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan akibat ban pecah di sekitar Pekan Tanjong Karang.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan empat hingga 70 tahun itu dipindahkan ke rumah jiran.

Pada pilihan raya umum ke-15, Siti Rahayu berdepan cabaran lima penjuru melawan Ketua Wanita Umno Datuk Habibah Mohd Yusof; Datuk Dr Zulkapferi Hanafi (Perikatan Nasional), pelakon Azlan Sani Zawawi atau Lando (Pejuang) dan Mohd Rosni Mastol (Bebas).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619