AGENDA

Atlet para badminton Liek Hou raih gelaran ketujuh dunia

6 Nov 2022, 9:33 AM
Atlet para badminton Liek Hou raih gelaran ketujuh dunia

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Juara Paralimpik Tokyo 2022 Cheah Liek Hou merangkul gelaran perseorangan lelaki ketujuhnya pada Kejohanan Para Badminton Dunia, hari ini.

Atlet berusia 34 tahun itu merampas kembali gelaran perseorangan SU5 (kecacatan fizikal) daripada pesaing utamanya Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan kemenangan 21-14, 21-12 di Yoyogi National Gymnasium di Tokyo, Jepun.

Bagaimanapun, Liek Hou dan gandingannya Mohamad Faris Ahmad Azri tewas 13-21, 12-21 kepada Dheva-Hafizh Briliansyah Prawiranegara dalam acara beregu lelaki, sekali gus gagal meraih gelaran keenamnya untuk acara tersebut.

Liek Hou muncul juara perseorangan pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015 dan 2017 manakala bagi beregu, beliau meraih kejuaraan pada 2005, 2007, 2011, 2013 dan 2015.

Beliau tewas pada pusingan separuh akhir perseorangan lelaki kepada Dheva pada edisi 2019.

Sementara itu, dalam kategori beregu lelaki WH1–WH2 (kerusi roda), Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan membawa pulang perak selepas kalah 11-21, 15-21 kepada Rick Cornell Hellmann-Thomas Wandschneider dari Jerman.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619