AGENDA

Dr Dzulkefly tekad juarai isu penduduk, tingkat pembangunan Kuala Selangor

6 Nov 2022, 6:30 AM
Dr Dzulkefly tekad juarai isu penduduk, tingkat pembangunan Kuala Selangor
Dr Dzulkefly tekad juarai isu penduduk, tingkat pembangunan Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 6 NOV: Penyandang kerusi di sini mahu mendekati pengundi muda dan pertama kali selain berusaha bagi mengekalkan sokongan pengundi lama.

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) juga mahu menjuarai isu pembangunan di kawasan tersebut.

"Saya akan santuni rakyat dan mahu mereka tahu saya sentiasa ada di sekeliling mereka," katanya yang dicabar Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dari Barisan Nasional.

Dalam saingan empat penjuru itu, calon lain ialah Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional dan Mohd Shaid Rosli (Pejuang).

Dr Dzulkefly pertama kali memenangi Parlimen Kuala Selangor pada 2008 dengan majoriti 862 undi dan pada 2018, beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,498 undi.

[caption id="attachment_547875" align="aligncenter" width="793"] Dari kiri, Mohd Shaid Rosli (Pejuang), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (HARAPAN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (BN) dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN) bergambar selepas diumumkan sebagai calon Parlimen P096 Kuala Selangor pada pilihan raya umum ke-15 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 5 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619