AGENDA

HARAPAN disukai 26 peratus pengundi, BN dapat 24 peratus

4 Nov 2022, 7:58 AM
HARAPAN disukai 26 peratus pengundi, BN dapat 24 peratus

SHAH ALAM, 4 NOV: Kira-kira 26 peratus pengundi cenderung mengundi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) berbanding 24 peratus menyokong Barisan Nasional (BN), menurut tinjauan Merdeka Center.

Dalam kaji selidik antara 19 hingga 28 Oktober dalam kalangan 1,209 responden, gabungan baharu Perikatan Nasional hanya meraih sokongan 13 peratus pengundi.

Parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula sekadar memperoleh dua peratus sokongan.

Namun tinjauan sama mendapati 31 peratus enggan menyatakan sebarang kecenderungan politik, jawapan yang sering ditemui dalam beberapa kaji selidik pendapat sebelum ini, kata Merdeka Center.

BN bagaimanapun masih digemari pengundi Melayu dengan 32 peratus sokongan, Perikatan Nasional (PN) 20 peratus dan HARAPAN 13 peratus. Tinjauan sama mendapati 31 peratus pengundi Melayu enggan menyatakan sebarang kecenderungan politik.

"Boleh jadi pengundi yang belum membuat keputusan ini menyokong kerajaan sedia ada tetapi pengalaman lepas menunjukkan majoriti daripada mereka kemungkinan akan meninggalkan BN, lalu memilih PN dan/atau PH," kata badan penyelidik itu dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan itu bertujuan mengukur pandangan rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum yang bermula esok.

Responden membabitkan 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, tujuh peratus (India), enam peratus (Bumiputera Islam) dan enam peratus (bukan Islam dari Sabah dan Sarawak).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619