PBT

Hadapi banjir, MBSA sedia empat pam air di tiga lokasi

4 Nov 2022, 4:02 AM
Hadapi banjir, MBSA sedia empat pam air di tiga lokasi

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 4 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan empat unit pam air di tiga lokasi di sekitar bandar raya ini bagi menghadapi banjir.

Lokasi terlibat ialah Taman Sri Muda, Seksyen 25 (dua unit), Stesen Pam MBSA, Seksyen 13 (satu unit) dan Taman Mesra Seksyen U1 (satu unit).

"Penyediaan pam ini merupakan langkah awal bagi mengurangkan risiko berlaku banjir akibat hujan lebat," katanya menerusi kenyataan.

Tambah MBSA, pihaknya juga bersetuju dengan cadangan projek tebatan banjir yang dirangka dalam Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (Sasud).

Sebagai permulaan, jelasnya, empat projek akan dimulakan iaitu menaik taraf rumah pam dan kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 13 dan U1.

Projek kedua membina rumah pam di Persiaran Aman dan kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 2 sementara projek ketiga membina rumah pam di Jalan Saksama 25/29 dan Jalan Hikmat 25/35.

"Projek keempat ialah kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 25 dan membaik pulih serta menaik taraf sistem pembetungan dan kerja berkaitan di sebahagian Kampung Bukit Naga, Seksyen 32," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619