PBT

Beberapa jalan sekitar Petaling Jaya ditutup Ahad ini

3 Nov 2022, 2:29 AM
Beberapa jalan sekitar Petaling Jaya ditutup Ahad ini

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 3 NOV: Beberapa laluan di sekitar pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ditutup sempena Hari Tanpa Kenderaan 2022.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata penutupan jalan tersebut dilakukan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari Ahad ini.

Ia membabitkan penutupan penuh Jalan Yong Shook Lin dan sebahagian Jalan Selangor-Jalan Pencala-Bulatan Penchala.

"Turut terlibat Jalan Padang 4/48-Bulatan Assunta Jalan Selangor dan Bulatan Selangor-pusingan satu Loop PJ State," katanya menerusi Facebook semalam.

Orang ramai dijemput memeriahkan program terbabit dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti larian, pertandingan permainan tradisional dan banyak lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619