AGENDA

HARAPAN boleh menang selatan dan tengah Selangor, ujian getir di utara

3 Nov 2022, 2:10 AM
HARAPAN boleh menang selatan dan tengah Selangor, ujian getir di utara
HARAPAN boleh menang selatan dan tengah Selangor, ujian getir di utara

SHAH ALAM, 3 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dijangka mudah memenangi kerusi parlimen di selatan dan tengah negeri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata gabungan itu mungkin berdepan ujian getir untuk menawan kerusi di utara Selangor.

"Kita tahu taburan kemenangan dan undi tidak seimbang, ada tempat yang kita lihat mudah menang terutama di Selangor selatan dan tengah Selangor.

"Kita akan hadapi ujian lebih getir di utara Selangor, oleh itu kita seimbangkan tenaga, kewangan dan kuasa supaya kita bantu calon di sebelah utara untuk menang dalan PRU akan datang," katanya.

[caption id="attachment_547366" align="alignleft" width="399"] Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berucap ketika pengenalan calon Parlimen HARAPAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 2 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Bercakap pada majlis pengenalan calon-calon HARAPAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini malam tadi, Mohamad Sabu menegaskan gabungan itu nekad mengembalikan mandat rakyat pada 2018.

Beliau turut mengingatkan semua calon parlimen di negeri ini untuk mengelakkan diri daripada amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan nepotisme.

"Oleh itu, menjadi calon dan (jika) menang nanti kita semua memikul tanggungjawab penting untuk membela rakyat serta membebaskan (negara) daripada cengkaman terutama ekonomi yang melanda sekarang," katanya.

Utara Selangor merangkumi Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619