AGENSI

Infrasel baiki dua lagi jalan sehari selepas terima aduan di Twitter

2 Nov 2022, 9:01 AM
Infrasel baiki dua lagi jalan sehari selepas terima aduan di Twitter
Infrasel baiki dua lagi jalan sehari selepas terima aduan di Twitter
Infrasel baiki dua lagi jalan sehari selepas terima aduan di Twitter

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 2 NOV: Dua lagi jalan selesai dibaiki syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) susulan aduan orang ramai di Twitter.

Agensi itu memaklumkan kedua-dua jalan di daerah Gombak dan Hulu Langat diturap dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

“Kerja penurapan semalam (31 Oktober) membabitkan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat dan pada 26 Oktober membabitkan Jalan Sungai Pusu, Gombak.

“Pada 26 Oktober, Infrasel juga melaksanakan kerja pemotongan rumput di Jalan Raja Musa,Tanjong Karang, Kuala Selangor,” kata agensi itu di Twitter.

[caption id="attachment_546308" align="aligncenter" width="720"] Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menurap Jalan Sungai Pusu, Gombak pada 26 Oktober sehari selepas menerima aduan di Twitter. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Sepanjang Oktober, beberapa jalan negeri dibaiki sebaik mendapat aduan orang ramai menerusi media sosial agensi itu.

Antaranya Jalan Raja Musa, Kampung Jalan Lama Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Jalan Mikon, Olak Lempit, Kuala Langat.

Agensi itu meminta orang ramai teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama tanda pagar #infrasel #namajalan #daerah jika berlakunya kerosakan jalan.

[caption id="attachment_541409" align="aligncenter" width="725"] Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menurap Jalan Sawah Ban, Pasir Panjang, Sabak Bernam pada 14 September sehari selepas menerima aduan orang ramai di Twitter. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619