AGENDA

Kes demam denggi menurun kepada 1,460 minggu lalu, empat kematian

2 Nov 2022, 3:37 AM
Kes demam denggi menurun kepada 1,460 minggu lalu, empat kematian

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-43 Tahun 2022 (ME-43/22) menurun 154 kes atau 9.5 peratus kepada 1,460 kes berbanding 1,614 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME 43/22.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 49,569 kes berbanding 21,707 kes bagi tempoh sama pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 27,862 kes (128.4 peratus)”, katanya.

Dr Noor Hisham berkata 33 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 16 kematian bagi tempoh yang sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian atau 81.3 peratus.

Mengenai lokaliti hotspot, beliau berkata terdapat peningkatan lima lokaliti kepada 56 lokaliti berbanding 51 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Menurut Dr Noor Hisham, dari jumlah lokaliti itu, 35 berada di Selangor, Sabah (15), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat) dan masing-masing satu lokaliti hotspot di Negeri Sembilan serta Melaka.

“Memusnahkan tempat potensi pembiakan nyamuk Aedes melalui aktiviti Cari dan Musnah adalah langkah terbaik untuk memastikan rantaian jangkitan demam denggi dapat diputuskan,” katanya menambah setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran kediaman adalah bebas daripada bekas berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes.

Mengenai chikungunya, Dr Noor Hisham berkata survelan merekodkan satu kes pada minggu ME 43/22 di Selangor.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 670 kes,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat negara ini untuk meningkatkan tahap waspada bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta demam denggi, chikungunya dan zika.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619