AGENDA

Lokasi jualan murah PKPS ditambah kepada 11 lokasi, lebih ramai terima manfaat

1 Nov 2022, 8:54 AM
Lokasi jualan murah PKPS ditambah kepada 11 lokasi, lebih ramai terima manfaat
Lokasi jualan murah PKPS ditambah kepada 11 lokasi, lebih ramai terima manfaat
Lokasi jualan murah PKPS ditambah kepada 11 lokasi, lebih ramai terima manfaat

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 1 NOV: Program jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke dua lagi lokasi bermula hari ini.

Penolong pengurus logistiknya berkata penambahan itu bagi memastikan lebih ramai penduduk berpeluang membeli enam barang keperluan asas pada harga murah.

"Kini 11 trak (sebelum ini sembilan) akan keluar setiap hari untuk membawa barangan ke lokasi jualan.

Kita juga telah pastikan stok barang jualan mencukupi ekoran penambahan lokasi tersebut," kata Mohd Hasri Abu Hassan.

 

Terdahulu, beliau meninjau Jualan Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Flat Putri Laksamana, Batu Caves di sini.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut ditawarkan ikan kembung pada harga RM6 setiap pek, minyak masak (RM25 sebotol) dan beras 5 kilogram (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntukan RM10 juta bagi mengerakkan program berkenaan di 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPSlinktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

[caption id="attachment_547096" align="aligncenter" width="735"] Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan murah dalam program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Flat Putri Laksamana, Gombak pada 1 November 2022. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619