AGENDA

MB pelawa orang ramai manfaat peluang mohon air percuma

1 Nov 2022, 3:57 AM
MB pelawa orang ramai manfaat peluang mohon air percuma
MB pelawa orang ramai manfaat peluang mohon air percuma

SHAH ALAM, 1 NOV: Rakyat Selangor dipelawa memohon Skim Air Darul Ehsan untuk menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

Dato’ Menteri Besar berkata permohonan yang dibuka sehingga 31 Disember 2024 boleh dibuat menerusi pautan www.airselangor.com

“Di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah banyak yang dimanfaatkan oleh warga Selangor dan Skim Air Darul Ehsan merupakan salah satu inisiatif yang diperlukan rakyat,” kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Beliau berkata lebih 300,000 rakyat Selangor menikmati air percuma setiap bulan dan dijangka sekitar 100,000 lagi bakal menikmatinya dengan kos lebih RM30 juta ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Bermula tahun ini, had kelayakan Skim Air Darul Ehsan diubah daripada pendapatan bulanan isi rumah bawah RM4,000 kepada RM5,000.

Syarat kelayakan memohon Skim Air Darul Ehsan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
  • pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • premis kediaman mempunyai meter individu
  • hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619