AGENDA

MB hulur bantuan, ringan beban warga emas berpenyakit

31 Okt 2022, 1:04 PM
MB hulur bantuan, ringan beban warga emas berpenyakit
MB hulur bantuan, ringan beban warga emas berpenyakit

AMPANG, 31 OKT: Seramai tiga warga emas di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Jalan AU 1B, Keramat di sini, menerima bantuan wang tunai dari Kerajaan Negeri bagi meringankan beban penyakit ditanggung.

Sumbangan yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut diagih kepada seorang waris sempena program ziarah kasih petang tadi.

Amirudin ketika beramah mesra turut menasihati penerima dan keluarga supaya memohon Skim Insurans Am Selangor (INSAN) disediakan Kerajaan Negeri demi menjaga kebajikan mereka pada masa depan.

“Lokaliti ini sentiasa diingat kerana ketika mula menjadi Menteri Besar saya berdepan cabaran kejadian tanah mendap di satu blok kediaman.

“Tadi saya lawat semula dan lihat penambahbaikan dibuat PKNS. Lebih RM1 juta dibelanjakan agensi itu untuk membantu 40 ke 50 keluarga mendapat semula kehidupan mereka,” katanya.

Pada April 2019, seramai 222 penghuni Blok  F pangsapuri berkenaan terkesan selepas bangunan empat tingkat itu didapati retak.

Berikutan itu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat.

[caption id="attachment_546954" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyantuni Che Waa Salleh (dua, kanan) dan Zuraidah Othman, 34, (dua, kiri) pada program Ziarah Kasih di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Jalan AU1B, Ampang pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619