AGENSI

Bantuan sekolah MBI dibuka mulai esok, mohon di pejabat DUN

31 Okt 2022, 6:28 AM
Bantuan sekolah MBI dibuka mulai esok, mohon di pejabat DUN

SHAH ALAM, 31 OKT: Permohonan bantuan Kembali ke Sekolah bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada murid sekolah rendah dibuka mulai esok.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya memaklumkan inisiatif tunai bernilai RM100 diperuntuk kepada 300 penerima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Azri Zainal Nor berkata permohonan boleh dibuat di pejabat DUN berhampiran kediaman masing-masing sehingga hujung November dengan agihan dijangka awal Disember.

"Kali ini diutamakan kepada keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, tajaan Yayasan Warisan Anak Selangor atau Lembaga Zakat Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619