AGENDA

Masjid berusia 12 tahun bakal berwajah baharu guna sumbangan negeri

30 Okt 2022, 2:08 AM
Masjid berusia 12 tahun bakal berwajah baharu guna sumbangan negeri
Masjid berusia 12 tahun bakal berwajah baharu guna sumbangan negeri

SEPANG, 30 OKT: Pentadbir Masjid Sungai Pelek di sini bersyukur apabila dapat mengecat semula rumah ibadat berkenaan sejak dibina 12 tahun lalu.

Setiausaha masjid, Mohd Salleh Senon berkata kerja baik pilih bangunan akan menggunakan sumbangan penyelenggaraan berjumlah RM30,000 daripada Kerajaan Negeri.

“Sebahagian peruntukan ini akan digunakan untuk mengecat ruang solat kerana sejak masjid ini dibangunkan tidak pernah dicat.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana keprihatinan memberikan sumbangan kepada masjid,” katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_546693" align="alignnone" width="763"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan khas Dato' Menteri Besar Selangor ketika Program bersama penggerak masjid Jelajah Selangor Penyayang Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, nazir Masjid Taman Putra Perdana, Mohd Thalji Ahmad Bakery berkata pihaknya akan menggunakan sumbangan RM10,000 untuk membaiki beberapa kemudahan masjid.

“Jika dilihat keadana fizikal ruang masjid catnya sudah lama dan kita akan cuba indahkan semula untuk lebih cantik.

“Selain itu, kita juga akan membaiki mihrab dan mimbar masjid menggunakan peruntukan diberikan serta derma orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada lima masjid di daerah ini untuk sumbangan penyelenggaraan sempena Jelajah Selangor Penyayang.

Sebanyak lima masjid masing-masing menerima RM30,000 bagi penyelenggaraan manakala sumbangan khas Dato’ Menteri Besar Selangor berjumlah RM10,000 kepada Masjid Taman Putra Perdana, Puchong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619