AGENSI

Nikmati bakso, ayam penyet di Selangor Fruit Valley

28 Okt 2022, 8:45 AM
Nikmati bakso, ayam penyet di Selangor Fruit Valley
Nikmati bakso, ayam penyet di Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 28 OKT: Orang ramai yang berkunjung ke Selangor Fruit Valley dipelawa menikmati hidangan bakso dan ayam penyet di Gerai Makan Rumah Kampung.

Restoran yang terdapat di lokasi percutian itu bagi menikmati suasana selain merasai pelbagai jenis buah-buahan tempatan.

"Mari pakat semua datang ke sini. Kami amat alu- alukan kedatangan anda ke Selangor Fruit Valley," tulis pusat agro pelancongan itu di Facebook.

Buah-buahan yang disediakan sempena kembalinya musim mulai bulan ini hingga Disember termasuk durian, pulasan, jambu batu, nangka, cempedak, rambutan dan nanas.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel selangorfruitvalley@gmail.com.

Sebelum ini, SFV mengumumkan harga tiket masuk terkini bagi pelancong domestik mulai Oktober ini ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619