PBT

Selenggara Balai Raya Taman Melati di luar bidang kuasa MPHS

28 Okt 2022, 3:09 AM
Selenggara Balai Raya Taman Melati di luar bidang kuasa MPHS

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menegaskan pengurusan Balai Raya Taman Melati, Serendah di luar bidang kuasanya.

Yang Dipertua Mohd Hasry Nor Mohd menerusi Facebook menjawab kenyataan pihak tertentu yang mendakwa dewan berkenaan tidak diuruskan dengan baik.

"Pihak majlis hanya mengurus dan menyelenggara 15 dewan milik majlis.

"Bagi bangunan yang berstatus balai raya, pengurusan dan penyelenggaraannya sama ada oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.

Sebelum ini tular video di TikTok Senator Datuk T Mohan yang mengutarakan isu dewan yang terbengkalai di Taman Melati, Serendah.

Senarai dewan orang ramai selenggaraan MPKS:

  1. Dewan Orang Ramai Bernam Jaya
  2. Dewan Orang Ramai Batang Kali
  3. Dewan Orang Ramai Hulu Bernam
  4. Dewan Orang Ramai Kalumpang
  5. Dewan Orang Ramai Kerling
  6. Dewan Orang Ramai Hulu Yam Bharu
  7. Dewan Orang Ramai Serendah
  8. Dewan Orang Ramai Sungai Choh
  9. Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu
  10. Dewan Komuniti Serendah
  11. Dewan Komuniti Bukit Sentosa
  12. Auditorium Dato Abd Hamid, Batang Kali
  13. Dewan Dato' Abd Hamid, Batang Kali
  14. Dewan Orang Ramai Rasa Tambahan
  15. Dewan Danau Hulu Bernam

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619