AGENDA

'Air terjun' tangki pecah rosakkan enam kenderaan di Sepang

28 Okt 2022, 1:15 AM
'Air terjun' tangki pecah rosakkan enam kenderaan di Sepang

SEPANG, 28 OKT: Sebuah tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok apartment di Taman Mas di sini pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

Kejadian itu bagaimanapun, tidak melibatkan kemalangan jiwa, sebaliknya hanya kerosakan harta benda dan mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi tuntutan insurans, katanya.

“Bantuan lori air bersih dihantar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk bekalan air bersih kepada 172 rumah yang terjejas," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Semalam, tular di media sosial kejadian 'air terjun' akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di taman berkenaan.

Video berdurasi hampir empat minit itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang diletakkan di pekarangan bangunan terkena curahan air deras dari tangki pecah itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619