AGENSI

MBSJ sedia RM556,000 beli aset tambahan urus sisa pascabanjir

27 Okt 2022, 10:02 AM
MBSJ sedia RM556,000 beli aset tambahan urus sisa pascabanjir

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SUBANG JAYA, 27 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperuntuk RM556,000 sebagai persediaan pengurusan pascabanjir jika bencana itu melanda dalam tempoh terdekat.

Datuk Bandar Subang Jaya berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan dan menyewa lori besar bagi mengutip sampah serta jentolak sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

“Ketika banjir tahun lalu, kita alami kekangan untuk pengurusan pascabanjir mengakibatkan kerja mengeluarkan sampah agak lambat (sekali gus) menghasilkan bau tidak menyenangkan.

“Jadi kita menerima beberapa aduan dan teguran ketika itu. Tahun ini kita lebih bersedia untuk pengurusan pascabanjir sekiranya ia berlaku,” kata Dato' Johary Anuar dalam sidang media hari ini.

Bercakap selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBSJ di sini, beliau menjelaskan MBSJ turut menyediakan dana khas bencana RM50,000 jika musibah itu berlaku.

“Peruntukan ini bagi kerja-kerja segera bantuan awalan (bukan projek) sekiranya berlaku sebarang bencana seperti banjir dan tanah runtuh,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619