ad
ADN

ADN, MPS selesai isu parkir Klinik Kesihatan Rawang

25 Okt 2022, 8:45 AM
ADN, MPS selesai isu parkir Klinik Kesihatan Rawang

SHAH ALAM, 25 OKT: Sebanyak RM556,000 dibelanja Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk menaik taraf jalan dan longkang sekitar Klinik Kesihatan Rawang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat berkata kerja tersebut bagi menyediakan lebih banyak parkir di situ selain membina laluan pejalan kaki.

"Pegawai klinik memberitahu isu paling kritikal ialah parkir yang tidak mencukupi bagi staf dan pesakit hingga terpaksa letak kenderaan di kawasan yang jauh.

"Kami mencadang MPS menaik taraf longkang sebagai pejalan kaki dan ada ruang lebih luas untuk membina parkir di depan klinik," katanya ketika dihubungi.

Berikutan penambahbaikan itu, beliau berkata kawasan berkenaan kini memiliki 50 tempat letak kenderaan tambahan bagi kemudahan orang awam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.