AGENDA

Sultan Selangor zahir ucapan tahniah kepada qariah Malaysia

25 Okt 2022, 6:04 AM
Sultan Selangor zahir ucapan tahniah kepada qariah Malaysia

SHAH ALAM, 25 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada qariah Sofizah Mousin.

Baginda berdua berharap kejayaan Sofizah dari Selangor dinobatkan sebagai johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2022 itu menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda.

"Baginda berharap semoga kecemerlangan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda membudayakan amalan membaca al-Quran, memahami maknanya serta mengamalkan ajarannya, sekali gus menaikkan lagi syiar Islam," menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Selain Sofizah, Qari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed yang meraih markah 93.33 peratus turut diumum johan tilawah, sekali gus membawa pulang wang tunai dan piala.

Majlis yang berlangsung selama enam hari bermula Rabu lepas melibatkan 36 peserta dari 28 negara, diadakan semula selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19.

Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini manakala kategori hafazan akan kembali tahun hadapan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619