AGENDA

Individu alami tekanan disaran kongsi masalah, hubungi talian Sehat

24 Okt 2022, 2:40 PM
Individu alami tekanan disaran kongsi masalah, hubungi talian Sehat
Individu alami tekanan disaran kongsi masalah, hubungi talian Sehat

SHAH ALAM, 24 OKT: Individu mengalami tekanan, kegelisahan dan kemurungan disaran menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata individu yang berdepan masalah tersebut dinasihat tidak mengambil mudah kerana ia kemungkinan tanda gangguan kesihatan mental.

"Kemurungan merupakan satu kecelaruan emosi yang memerlukan rawatan dan terapi. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.

"Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jangan ambil mudah! Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah,” katanya di Facebook.

Beliau berkata kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619