AGENDA

MB: Cukai rumah kampung, kos rendah kekal dikecuali tahun depan

23 Okt 2022, 10:00 AM
MB: Cukai rumah kampung, kos rendah kekal dikecuali tahun depan

KLANG, 23 OKT: Pengecualian cukai pintu rumah kampung dan kos rendah di Selangor diteruskan tahun depan sebagai antara langkah meringankan beban hidup rakyat.

Pengecualian cukai pintu bagi rumah kampung dan kos rendah diperkenalkan Kerajaan Negeri setiap tahun sejak 2016.

Dato' Menteri Besar berkata Selangor mempunyai kemampuan untuk melaksanakan insiaitif tersebut meskipun pengecualian cukai pintu menyebabkan negeri kehilangan salah satu sumber hasil.

"Keputusan pengecualian dibuat sebulan lalu. Alhamdulillah tahun depan kita teruskan pengecualian cukai untuk rumah kos rendah dan kampung.

"Walaupun kehilangannya (hasil) tetapi hasil-hasil lain negeri masih baik dan mencukupi malah kita mampu berdepan dengan Covid-19," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika merasmikan Jelajah Selangor Penyayang daerah Klang di sini, hari ini.

Pada 15 September, Amirudin mengumumkan pengecualian cukai taksiran tahun depan bagi rumah kampung dan kos rendah serta fi lesen penjaja.

Beliau berkata pengecualian tersebut yang melibatkan kos bernilai RM68.74 juta antara usaha untuk melegakan tekanan hidup rakyat Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619