AGENDA

Sekian lama menanti, tiga beradik lega peroleh hak milikan tanah

23 Okt 2022, 8:08 AM
Sekian lama menanti, tiga beradik lega peroleh hak milikan tanah
Sekian lama menanti, tiga beradik lega peroleh hak milikan tanah
Sekian lama menanti, tiga beradik lega peroleh hak milikan tanah

KLANG, 23 OKT: Hasrat tiga beradik untuk mandapatkan hak milikan tanah sejak puluhan tahun akhirnya tertunai hari ini.

Mereka adalah Ramlah Ahmad, 71, Ijabperizin Amat, 56, dan Anisah Amat, 53 dari Kampung Hamid Tuah, Telok Gong Pelabuhan Klang.

Mewakili Ramlah, Haslinda Abu Bakar, 34, berkata ibunya dan keluarga berusaha mendapatkan hak tersebut sejak 50 tahun lalu.

[caption id="attachment_545823" align="alignright" width="380"] Haslinda Abu Bakar. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Perjuangan hampir tiga generasi akhirnya terbalas, dia sangat seronok dan bersyukur Kerajaan Negeri bantu untuk dapatkan hak tanah untuk rumah diduduki sekarang.

“Emak saya tidak dapat hadir hari ini kerana sudah tua,” katanya ketika ditemui ketika penyerahan Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah (Notis 5A) pada Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman di sini.

Manakala anak Ijabperizin, Muhammad Fikir Mazhar, 23, berkata bapanya sering berpesan supaya hak milikan itu diperoleh dan tanah diduki mempunyai nama.

[caption id="attachment_545827" align="alignleft" width="380"] Muhammad Fikir Mazhar. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya lega kerana hasrat bapa akhirnya tercapai,” katanya.

Ibu saudara mereka, Anisah pula berkata beliau tidak menjangka menerima Borang 5A itu dan berterima kasih kepada Kerajaan Selangor.

"Harga rumah semakin mahal dan merisaukan saya bila tanah didiami sekian lama belum dapat hak milik. Alhamdulillah akhirnya tertunai dan lepas ini kalau anak-anak hendak buat rumah, sudah tidak risau," katanya.

Dalam majlis itu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan surat kelulusan tersebut kepada ketiga beradik berkenan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619