AGENDA

MB: Jadikan masjid, surau tempat penyatuan ummah meski beza pandangan

23 Okt 2022, 2:24 AM
MB: Jadikan masjid, surau tempat penyatuan ummah meski beza pandangan
MB: Jadikan masjid, surau tempat penyatuan ummah meski beza pandangan

KLANG, 23 OKT: Masjid dan surau adalah medan perbincangan dan penyatuan umat Islam walaupun setiap individu mempunyai perbezaan pandangan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin mengakui cabaran menarik umat Islam untuk menjadikan institusi masjid dan surau sebagai pusat rujukan pada masa kini.

“Kadangkala perbezaan antara kita (umat Islam) sama ada dimulakan perbezaan mazhab, pandangan, tafsiran mahupun kadangkala perbezaan kehidupan seperti politik.

“Perbezaan itu kadangkala menceraikan dan mengasingkan kita antara satu sama lain. Sudah pasti cabaran bagaimana menjadikan ia sebagai pusat rujukan untuk bertemu serta berbincang,” katanya.

Beliau berucap pada program ramah mesra bersama penggerak masjid daerah Klang di Masjid Kampung Dato’ Dagang, Kampung Jawa dekat sini semalam.

Dalam program itu, Amirudin turut menyampaikan bantuan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada beberapa sekolah, masjid dan surau sekitar daerah terbabit.

Pada masa sama, beliau berharap usaha memperkasa pusat ibadat di negeri ini diteruskan dari semasa ke semasa bersama pemimpin masjid dan surau.

“Terima kasih kerana selama ini melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin kepada institusi penting ini. (Tanggungjawab) bukan hanya untuk negeri tetapi juga umat dan masa depan kita bersama.

“Marilah kita sama-sama memperkukuh dan memperbaiki (peranan) dari semasa ke semasa. Insya-Allah, usaha memperkasa masjid serta surau menjadi salah satu agenda Kerajaan Negeri yang tidak akan ditinggalkan,” katanya.

[caption id="attachment_545730" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada program ramah mesra bersama penggerak masjid daerah Klang di Masjid Kampung Dato' Dagang, Kampung Jawa, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619