AGENDA

MB rasmi acara berbasikal, sertai kayuhan sempena ulang tahun MBSJ

23 Okt 2022, 2:11 AM
MB rasmi acara berbasikal, sertai kayuhan sempena ulang tahun MBSJ
MB rasmi acara berbasikal, sertai kayuhan sempena ulang tahun MBSJ

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SUBANG JAYA, 23 OKT: Dato’ Menteri Besar menyempurnakan pelepasan 780 peserta acara berbasikal ‘Fun Ride’ dan kejohanan kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di sini, hari ini.

Selepas acara pelepasan, Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkayuh bersama-sama Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Johary Anuar dan tetamu jemputan lain.

Johary ketika ditemui selepas kayuhan berkata acara kayuhan ‘fun ride’ dan cabaran kriterium adalah antara lebih 20 aktiviti disediakan kepada penduduk sempena ulang tahun kedua Subang Jaya diiktiraf sebagai bandaraya.

“Bagi cabaran kriterium pula terdapat 10 kategori utama. Peserta yang berjaya melengkapkan kayuhan dalam masa ditetapkan menerima hadiah wang tunai dengan nilai keseluruhan RM9,000.

"Selain mendedahkan peserta dengan situasi perlumbaan, ia juga mewujudkan platform hobi dengan menjadikan berbasikal sebagai kegiatan masa lapang," katanya.

[caption id="attachment_545734" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan pelepasan peserta kayuhan basikal Fun Ride dan cabaran kriterium sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Subang Jaya pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619