ADN

Wakil rakyat Pandan Indah sumbang RM10,000 kegunaan badan khairat beli van jenazah

19 Okt 2022, 6:50 AM
Wakil rakyat Pandan Indah sumbang RM10,000 kegunaan badan khairat beli van jenazah

SHAH ALAM, 19 OKT: Wakil rakyat Pandan Indah menyumbang RM10,000 kepada Badan Khairat Kematian Kampung Pandan baru-baru ini.

Ir Izham Hashim berkata sumbangan berbentuk cek itu diserahkan bagi tujuan pembelian van jenazah.

"Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada warga Kampung Pandan dan sekitarnya.

"Kerajaan Negeri melalui pusat khidmat masyarakat sentiasa cakna dan peka kepada keperluan rakyat," katanya kepada SelangorKini.

Menurut beliau, sumbangan diberi bagi menampung keperluan tinggi perkhidmatan van jenayah di kawasan itu.

"Ada dua van jenazah di kawasan ini, tapi satu dah berusia lebih 20 tahun dan selalu mengalami kerosakan, jadi permohonan pembelian sebuah lagi van diluluskan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619