AGENDA

Guru bela nasib murid digugur pertuduhan, bebas tindakan tatatertib

18 Okt 2022, 2:18 PM
Guru bela nasib murid digugur pertuduhan, bebas tindakan tatatertib

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Mohd Fadli Mohamed Salleh, guru sekolah yang menjadi tular di media sosial selepas mendakwa berdepan tindakan kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran, malam ini mengesahkan beliau digugurkan daripada kesemua tiga pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

Perkara itu disahkan oleh guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu sendiri, yang membacakan surat keputusan tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM), menerusi Facebook Live.

“Walau ramai sudah maklum.. Alhamdulillah ketiga-tiga pertuduhan (saya didapati) tidak bersalah dan bebas daripada apa-apa tindakan (tatatertib),” katanya yang berharap tindakan susulan diambil daripada perkara yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai surat daripada KPM bertarikh hari ini yang menggugurkan guru Matematik itu daripada semua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

Mohd Fadli sebelum ini tular di media sosial selepas mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada KPM dipercayai kerana sering menegur berkaitan pelbagai isu persekolahan.

Perkara itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam perkara itu. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619