AGENDA

EXCO: Belanja RM5 juta naik taraf 97 SJK Tamil, sedia kemudahan selesa

17 Okt 2022, 6:02 AM
EXCO: Belanja RM5 juta naik taraf 97 SJK Tamil, sedia kemudahan selesa

SHAH ALAM, 17 OKT: Sejumlah RM5 juta dibelanja bagi menaik taraf infrastruktur 97 sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor pada tahun ini.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau berkata peruntukan tersebut bertujuan memberi keselesaan kepada murid dan guru sekali gus meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah.

"Agenda pendidikan antara perkara yang menjadi keutamaan Kerajaan Selangor. Kita komited untuk memberi keselesaan optimun kepada murid di sekolah.

"Kita berharap pihak sekolah gunalah bantuan ini dengan penuh amanah. Utamakan keselesaan murid, gunalah dana ini unruk menaik taraf infrastruktur sekolah bukannya membazir bagi tujuan tidak sepatutnya," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan cek bantuan SJKT 2022 di foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Pada Mei, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah RM26.5 juta diperuntuk untuk menambah baik infrastruktur sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Sumbangan dikhususkan untuk sekolah sekolah agama rakyat, SJKC, SJKT serta mubaligh yang tidak menerima bantuan penuh daripada kerajaan persekutuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619