AGENSI

Lapan syarikat peneraju, rakan strategik Hijrah sedia latih orang ramai jadi usahawan

17 Okt 2022, 4:14 AM
Lapan syarikat peneraju, rakan strategik Hijrah sedia latih orang ramai jadi usahawan
Lapan syarikat peneraju, rakan strategik Hijrah sedia latih orang ramai jadi usahawan
Lapan syarikat peneraju, rakan strategik Hijrah sedia latih orang ramai jadi usahawan

SHAH ALAM, 17 OKT: Orang ramai yang ingin memulakan perniagaan disaran menyertai skim pembiayaan Zero To Hero anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Agensi itu menyediakan lapan syarikat peneraju dan lapan rakan strategik pelbagai sektor yang sedia membantu menerapkan latihan, pemasaran dan bimbingan berterusan sepanjang tempoh pembiayaan.

"Hubungi sekarang jika anda ingin menjadi usahawan bimbingan syarikat peneraju dan rakan strategik Hijrah dari Zero kepada Hero," tulisnya di Facebook.

Maklumat lanjut berhubung skim berkenaan boleh diperoleh dengan melayari pautan www.hijrahselangor.com

Berikut senarai syarikat peneraju dan lapan rakan strategik terpilih untuk melatih orang ramai menjadi usahawan:

Selain skim Zero to Hero, Hijrah turut menawarkan enam skim pembiayaan lain seperti i-Bisnes, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan skim pembiayaan Hijrah.

Dato’ Seri Amirudin Shari antaranya mengumumkan dana RM120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mengembangkan perniagaan.

Kerajaan Negeri turut mewujudkan skim pembiayaan i-Agro kepada 2,000 usahawan tani dengan pembiayaan maksimum RM26,000, membina Dataran Hijrah, meningkatkan pinjaman dari RM5,000 kepada RM10,000 untuk program Zero to Hero.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619