SELANGOR

Maqis Selangor sita 23 tan daging sejuk beku dari Brazil

15 Okt 2022, 1:23 AM
Maqis Selangor sita 23 tan daging sejuk beku dari Brazil

SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena berisi daging lembu sejuk beku dari Brazil kerana tidak memiliki permit import yang sah bernilai RM476,000 pada Rabu lepas.

Dalam kenyataan hari ini Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata daging seberat 23 tan tersebut cuba dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan namun ditahan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat.

Katanya, pemeriksaan telah dilaksanakan terhadap kontena tersebut kira-kira jam 10 pagi dan mendapati dagangan yang dibawa masuk itu tidak mempunyai permit import yang sah dikeluarkan oleh Maqis.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Mohd Sobri berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

“Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro-organisme yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619