AGENDA

MB: Selangor perkasa syiar Islam, utama kebajikan penggerak masjid (VIDEO)

13 Okt 2022, 3:06 AM
MB: Selangor perkasa syiar Islam, utama kebajikan penggerak masjid (VIDEO)

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan Negeri bawah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa tekad memperkasa syiar Islam termasuk mengutamakan kebajikan penggerak masjid nazir, imam, siak dan bilal sejak 2018.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata saban tahun golongan berkenaan tidak tercicir daripada menerima manfaat RM500 setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri.

"Sejak 2018, inilah Menteri Besar negeri HARAPAN yang kononnya ada DAP, yang kononnya tidak jaga Islam, tidak jaga Melayu.

"(tetapi) Inilah negeri pertama yang bagi duit raya RM500 tiap-tiap tahun kepada imam, siak, bilal dan juga guru Kafa ketika musim Hari Raya," katanya menerusi sedutan video di Facebook hari ini.

Amirudin turut menyifatkan usaha Kerajaan Negeri menyantuni golongan imam, bilal dan siak ditiru oleh Kerajaan Persekutuan ketika Bajet 2023 lalu.

"Saya dengar Menteri Kewangan sebut, dia umum (bantuan) pula untuk siak, imam dan guru Kafa.

"Sekarang nak pilihanraya baru dia nak buat," katanya.

Kerajaan Selangor bawah HARAPAN saban tahun memberi insentif Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam, penggerak belia serta penggerak masjid mengikut kadar tertentu sempena Aidilfitri.

Menerusi BKK, penggerak masjid terdiri daripada imam, nazir, siak dan bilal menerima insentif RM500.

http://                                             

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619