AGENDA

Hampir 1,000 kariah sertai perarakan Maulidur Rasul DUN Gombak Setia

10 Okt 2022, 10:07 AM
Hampir 1,000 kariah sertai perarakan Maulidur Rasul DUN Gombak Setia

SELAYANG, 10 OKT: Hampir 1,000 kariah masjid sekitar mukim Setapak menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H peringat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia hari ini.

Diketuai oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin, perarakan bermula jam 10.30 pagi sejauh kira-kira dua kilometer dari Masjid Al-Syakirin Batu 6, Gombak hingga Masjid Kampung Gombak Utara.

Amirudin berkata sambutan itu bertujuan menyuburkan rasa cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW selepas dua tahun tidak dianjur secara besar-besar susulan pandemik Covid-19.

"Alhamdulillah sambutan kali ini ini disertai semua ketua kampung dan kariah masjid sekitar mukim Setapak. Saya percaya ia mampu memperkukuh hubungan kemasyarakatan selain mengingatkan generasi muda kepada Rasulullah SAW.

"Tahniah kepada penganjur atas sambutan yang sangat baik. Setelah kita bertarung dengan Covid-19, akhirnya kita dapat hidup sebagaimana lazimnya," katanya ketika ditemui.

Hadir sama Orang Besar Daerah Gombak Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Dr Wan Mahmood Pa' Wanteh dan Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Ahmad Kasdi.

Program turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Dia Kekasih Tertinggi' yang disampaikan pendakwah bebas Ustaz Sabran Jamil Abd Razak dan bacaan ayat suci al-Quran oleh Imam 2 Masjid Lama Batu 6, Gombak Ustaz Yusuf As-Siddiq Ahmad Sharkawi.

Tetamu juga disajikan dengan persembahan marhaban daripada Kumpulan Marhaban Wanita Pewarga, Qasidah (Kumpulan Marhaban Kampung Padang Balang), nasyid (Kumpulan Marhaban Batu 6, Gombak dan Persatuan Ibu Tunggal Warga Emas Selangor).

Pada kemuncak acara, Amirudin menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada kontinjen yang menyertai perarakan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619