AGENDA

Tangani banjir, Selangor kekal pendirian tidak bubar DUN

10 Okt 2022, 7:00 AM
Tangani banjir, Selangor kekal pendirian tidak bubar DUN

GOMBAK, 10 OKT: Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan keutamaan negeri ketika ini adalah menangani isu banjir dan memulihkan ekonomi demi rakyat.

"Kita konsisten mengatakan bahawa kita harus memberi tumpuan terhadap banjir dan pemulihan ekonomi. Kalau perkara ini dilupakan, kelam kabut jadi lebih tinggi.

"Tetapi ada lagi mereka (kerajaan) yang masih tak faham dan menggesa PRU diadakan," katanya ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1444H peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Masjid Kampung Gombak Utara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menyifatkan tindakan terburu-buru mengadakan PRU hanya akan memakan diri.

"Sikap angkuh seperti ini yang akan memakan diri mereka, jadi tidak mengapa...kita letakkan keutamaan kepada rakyat, Insya-Allah," katanya lagi.

Pada 5 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan tiga negeri ditadbir HARAPAN iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN sekiranya PRU15 diadakan tahun ini.

Pengerusi HARAPAN itu menjelaskan fokus pentadbiran ketiga-tiga negeri terbabit adalah menangani isu banjir yang akan memberi kesan kepada rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619