AGENDA

Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya

10 Okt 2022, 3:51 AM
Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya

MELAKA, 10 OKT: Sungai Melaka di Batu Hampar di sini melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada pukul 9 pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman sesawangnya di https://https://publicinfobanjir.water.gov.my/.

Selain itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada di paras 3.26 meter dan Sungai Duyong di Duyong, Melaka Tengah (1.71 meter), masing-masing melepasi paras amaran 3.25 meter dan 1.38 meter.

Sementara itu, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatatkan paras 1.56 meter (paras berjaga-jaga 0.50 meter).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.

Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619