AGENSI

Sultan Selangor lancar akademi celik huruf al-Quran sempena Maulidur Rasul

9 Okt 2022, 6:37 AM
Sultan Selangor lancar akademi celik huruf al-Quran sempena Maulidur Rasul
Sultan Selangor lancar akademi celik huruf al-Quran sempena Maulidur Rasul

SHAH ALAM, 9 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan melancarkan Akademi Literasi al-Quran negeri sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri 1444H/2022M hari ini.

Pelancaran akademi ditubuhkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disempurnakan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertujuan bagi melahirkan umat Islam berkemahiran membaca, mengajar, mengamal dan berkebolehan mempersenikan kitab suci.

Keberangkatan Baginda ke majlis di Dewan Sharahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

[caption id="attachment_543659" align="aligncenter" width="550"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mendengar persembahan berzanji dan qasidah dari kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sempena majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Sharahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 9 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Program bertemakan 'Indah Berkehidupan Berpandukan Qudwah Rasulullah SAW' disambut meriah dengan alunan ayat suci al-Quran, berzanji dan Qasidah.

Selepas majlis itu, Sultan Sharafuddin turut menyaksikan tayangan Maulidur Rasul yang memaparkan seni kehidupan Rasulullah.

Sultan Selangor bersama hadirin turut mendengar ceramah khas bertajuk Menelusuri Sirah Nabawiyyah yang disampaikan mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619