AGENSI

Jais tubuh Akademi Literasi al-Quran, masjid negeri jadi hab kitab suci

9 Okt 2022, 6:34 AM
Jais tubuh Akademi Literasi al-Quran, masjid negeri jadi hab kitab suci

SHAH ALAM, 9 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menubuhkan Akademi Literasi al-Quran bagi melahirkan umat Islam mahir membaca, mengajar, mengamal dan mempersenikan kitab suci.

Pengarahnya Dato’ Shahzihan Ahmad berkata seramai 60 pensyarah dilantik bagi memberdaya pembacaan al-Quran berpandukan riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Toriq Syatibiyyah.

"Akademi ini juga bertanggungjawab menegur mereka yang melakukan kesilapan dalam bacaan dan penulisan al-Quran.

“Akademi juga memberdaya pembinaan latihan kepada imam masjid dan surau, guru sekolah, pemegang tauliah mengajar al-Quran D3, hakim termasuk peserta tilawah dan hafazan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Shahzihan memberitahu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini secara rasmi menjadi hab al-Quran di Selangor melalui penubuhan akademi berkenaan.

“Akademi ini memberi latihan intensif kepada mereka yang berpotensi dan berbakat dalam mempersenikan al-Quran selain membina kemahiran menulis kaedah Rasm Utmani dan Dabtul Quran.

“Selain itu, ia memberi pengetahuan asas berkaitan ilmu Qiraat menggunakan kitab muktabar serta menawarkan pelbagai kursus berkaitan al-Quran,” katanya.

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melancarkan akademi berkenaan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri 1444H/2022M di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619