ADN

180 keluarga India DUN Gombak Setia terima baucar beli-belah Deepavali

9 Okt 2022, 5:40 AM
180 keluarga India DUN Gombak Setia terima baucar beli-belah Deepavali

SHAH ALAM, 9 OKT: Seramai 180 keluarga India berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima baucar beli-belah RM100 sempena Deepavali semalam.

Penyelaras A Rahim Kasdi berkata agihan baucar di pasar raya Sri Ternak, Selayang Baru itu diharap dapat meringankan beban penerima dalam menyediakan kelengkapan raya.

"Seramai 180 orang hadir untuk pembelian di Sri Ternak semalam, penyerahan sesi kedua akan diadakan pada 16 Oktober nanti.

"Semoga sumbangan dapat meringankan beban serta memberi keceriaan kepada kaum India sebagai persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Menurut beliau secara keseluruhan seramai 400 individu di DUN berkenaan dikenal pasti layak menerima baucar beli-belah Deepavali.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619