AGENDA

Negeri yakin capai sasaran nilai urus niaga RM350 juta dalam SIBS

6 Okt 2022, 6:55 AM
Negeri yakin capai sasaran nilai urus niaga RM350 juta dalam SIBS
Negeri yakin capai sasaran nilai urus niaga RM350 juta dalam SIBS
Negeri yakin capai sasaran nilai urus niaga RM350 juta dalam SIBS

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Kerajaan Negeri yakin mencapai sasaran nilai urus niaga RM350 juta sepanjang empat hari Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

EXCO Perdagangan Dato' Teng Chang Khim berkata tempoh berkenaan amat penting untuk semua peserta memanfaatkan peluang membuat rangkaian, perbincangan dan menjalankan perniagaan.

“Dengan 262 pembeli antarabangsa dan domestik, juga bersama-sama pelawat perdagangan lain, saya yakin kami (SIBS) akan mencapai sasaran transaksi bernilai RM350 juta,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian SIBS di KLCC hari ini.

[caption id="attachment_543170" align="aligncenter" width="709"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua, kiri) berkenan mencemar duli menrasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sidang kemuncak disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari.

Pada 26 September Chang Khim menjelaskan jumlah urus niaga SIBS terus menunjukkan peningkatan kecuali sewaktu pandemik Covid-19 selama dua tahun.

Pertama kali dianjurkan pada 2015, SIBS mencatatkan RM182 juta nilai urus niaga diikuti RM100 juta (2016), RM204.2 juta (2017), RM194.6 juta (2018) sebelum naik mendadak kepada RM447 juta pada 2019.

SIBS 2022 yang membuka tirainya hari ini dijadual berakhir pada 9 Oktober menjangka 30,000 pengunjung selain menawarkan 850 tapak pameran.

[caption id="attachment_543201" align="aligncenter" width="708"] Orang ramai menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619