AGENDA

Rewang sekampung berkonsep Jawa di Sepang minggu ini

6 Okt 2022, 1:25 AM
Rewang sekampung berkonsep Jawa di Sepang minggu ini

SHAH ALAM, 6 OKT: Jelajah Kita Rewang Sekampung di daerah Sepang pada 7 dan 8 OKtober ini berkonsep Jawa, kata EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi.

Borhan Aman Shah berkata menerusi program tersebut penduduk dapat merasai pengalaman majlis rewang mengikut istiadat etnik itu melalui pakaian dan makanan.

"Acara rewang bermula Jumaat pada jam 10 pagi dengan aktiviti melapah seekor lembu dan malamnya jamuan makan nasi ambeng dengan memakai pakaian Jawa.

"Pada keesokan harinya kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan kuliah dhuha dengan menjemput Ustaz Dato' Badli Shah Alauddin," katanya ketika dihubungi.

Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat berkata program itu akan menjelajah dua lagi daerah iaitu Kuala Selangor pada 14 dan 15 Oktober dan Kuala Langat pula pada 11 dan 12 November.

"Penutup jelajah rewang ini di daerah Kuala Langat yang akan dirasmi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari," katanya.

Kerajaan Selangor menganjurkan program Kita Rewang Sekampung di setiap daerah bagi menghidupkan kembali amalan tradisi dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, Sabak Bernam menjadi daerah pertama penganjuran program berkenaan dengan mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan 230 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang mencatatkan keputusan 7A dan ke atas.

Program dua hari bermula 22 Julai itu mendapat sambutan penduduk sekitar bagi menjayakan pelbagai program termasuk menyediakan juadah, aktiviti sukan rakyat dan kebudayaan tradisional.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619