AGENDA

Temu duga kursus kemahiran belia OKU dilaksana November, sasar 40 pelajar

5 Okt 2022, 7:34 AM
Temu duga kursus kemahiran belia OKU dilaksana November, sasar 40 pelajar

SHAH ALAM, 5 OKT: Sesi temu duga program Pusat Sokongan Kehidupan Berdikari (ILCS) khusus untuk golongan istimewa berusia 17 hingga 22 tahun dijangka dilaksanakan pada November depan.

Ketua Jabatan Pusat Anak Istimewa Selangor (Anis) Danial Al-Rashid Haron berkata setakat ini hampir 10 permohonan diterima untuk sesi pertama kursus kemahiran kepada belia orang kelainan upaya (OKU).

"Untuk sesi awal, kita sasar 40 pelajar dan mereka akan dipanggil untuk temu duga. Menerusi temu duga ini, kita akan lihat kecenderungan mereka dalam minat yang diminatinya.

"Pelajar terpilih dihantar ke dua tempat latihan iaitu Selayang bagi bidang jahitan dan bakeri manakala di Bandar Sunway untuk pengurusan pejabat, teknologi digital dan kecerdasan buatan," katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta bagi menjayakan program ILCS yang menawarkan kursus dalam bidang jahitan, bakeri, pengurusan pejabat, teknologi digital dan kecerdasan buatan.

Program dikhususkan kepada peserta berusia 17 hingga 22 tahun itu bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.

Pendaftaran telah dibuka dan boleh dilakukan menerusi  https://www.anisselangor.com/sediakerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619