PBT

Deepavali: MPHS sedia 30 tong sampah pukal bagi pelupusan barang

2 Okt 2022, 3:20 PM
Deepavali: MPHS sedia 30 tong sampah pukal bagi pelupusan barang
Deepavali: MPHS sedia 30 tong sampah pukal bagi pelupusan barang

SHAH ALAM, 2 OKT: Sebanyak 30 tong Roll On Roll Off (RORO) disediakan bagi memudahkan penduduk membuang sampah pukal seperti perabut lama, barangan elektrik dan sampah kebun sempena Deepavali bulan ini.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata tong bersaiz 3 tan itu disediakan di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan beberapa kawasan tumpuan lain.

Menurut makluman di Facebook, perkhidmatan secara percuma itu akan bermula esok sehingga Sabtu ini secara berperingkat di lokasi yang akan disenaraikan.

"MPHS berharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa," katanya.

Pihak berkuasa tempatan itu juga mengingatkan orang ramai tidak membuang sampah pepejal domestik seperti sisa makanan dan barangan mudah terbakar ke dalam tong berkenaan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1331 atau 03-6064 1050.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619