AGENDA

LUAS kesan pencemaran di Sungai Kabul, tiada henti tugas LRA

2 Okt 2022, 7:50 AM
LUAS kesan pencemaran di Sungai Kabul, tiada henti tugas LRA
LUAS kesan pencemaran di Sungai Kabul, tiada henti tugas LRA

SHAH ALAM, 2 OKT: Tiada henti tugas loji rawatan air (LRA) walaupun Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pelepasan air berwarna putih dan berbuih di Sungai Kabul, Beranang.

EXCO alam sekitar berkata pencemaran itu dikesan hasil pemantauan rutin pihaknya dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) di lembangan Sungai Langat pada jam 11.30 pagi semalam.

Menurut Hee Loy Sian, hasil persampelan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mendapati tiada pencemaran bau dikesan dan keadaan air sungai juga normal.

[caption id="attachment_542705" align="alignleft" width="395"] Pelepasan air berwarna putih dan berbuih di Sungai Kabul, Beranang yang dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 1 Oktober 2022. Foto Facebook LUAS[/caption]

"LUAS bersama JAS dan MPKj menjalankan siasatan lanjut ke sebuah kilang pembekalan bahan binaan dan peralatan taman di kawasan perindustrian Mahkota. Pasukan siasatan menemukan air dengan warna yang sama di Sungai Kabul di premis berkenaan.

"Siasatan susulan LUAS dan MPKj juga menemukan sebuah kilang produk aluminium yang disyaki melepaskan efluen berbuih masuk ke dalam parit berhampiran," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Loy Sian, proses persampelan di titik akhir pelepasan di kedua-dua lokasi dilakukan untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia.

"LUAS juga membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79(1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntuk denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta serta mandatori penjara tidak kurang tiga tahun jika sabit kesalahan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619