ad
ADN

950 keluarga India DUN Sungai Tua terima baucar RM100 sambut Deepavali

2 Okt 2022, 7:30 AM
950 keluarga India DUN Sungai Tua terima baucar RM100 sambut Deepavali

GOMBAK, 2 OKT: Seramai 950 keluarga India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menerima baucar beli belah berjumlah RM100 sempena perayaan Deepavali bulan ini.

Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar A Rahim Kasdi berkata jumlah itu membabitkan 450 kupon Jom Shopping Raya manakala selebihnya dari peruntukan DUN.

“Memandangkan ramai keluarga India di sini, maka Dato’ Seri Amirudin Shari menggunakan peruntukan DUN bagi membantu penduduk.

“Pengeluaran belanja untuk tujuan ini sudah dilakukan sejak beberapa tahun. Agihan baucar akan dibuat pada 16 Oktober bertempat di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru,” katanya.

Terdahulu beliau meninjau perjalanan program jualan barangan asas murah Jelajah Ehsan Rakyat di Flat Selayang Mulia di sini hari ini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini, sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.