AGENSI

Yide perkenal potongan gaji bulanan serendah RM2 bantu anak yatim

1 Okt 2022, 2:20 AM
Yide perkenal potongan gaji bulanan serendah RM2 bantu anak yatim

SHAH ALAM, 1 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) melaksanakan skim potongan gaji serendah RM2 sebulan dalam kalangan kakitangan untuk disumbang kepada anak yatim di Selangor.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata inisiatif yang dimulakan sejak tahun lepas bertujuan membantu golongan memerlukan bertepatan dengan saranan Nabi Muhammad.

"Kita mengambil konsep meraikan anak yatim kerana Baginda pernah bersabda 'orang yang menyantuni anak yatim di dunia akan menempati kedudukan yang tinggi di syurga dekat dengan kedudukan Rasulullah SAW'," katanya.

Bercakap pada program bual bicara di saluran YouTube Media Selangor semalam, beliau berkata pihaknya juga menyediakan aplikasi digital bagi memudahkan orang ramai menderma secara dalam talian.

Jelas Nur Mohd Razali, melalui aplikasi berkenaan orang ramai boleh menyumbang mengikut kategori anak yatim, dialisis dan bencana tanpa caj tersembunyi.

"Kategori derma untuk masjid dan tahfiz turut dimuatkan dalam aplikasi tersebut dengan lima peratus daripadanya akan disalur kepada anak yatim.

"Penyumbang juga boleh menyemak amaun sumbangan mereka manakala resit pelepasan cukai akan dikeluarkan pada akhir tahun," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619