AGENDA

Remaja lelaki jatuh sungai ketika cuba ambil bola ditemukan lemas

30 Sep 2022, 3:38 AM
Remaja lelaki jatuh sungai ketika cuba ambil bola ditemukan lemas

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa dia cuba mengambil bola petang semalam, ditemukan mati lemas di Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong, hari ini.

Mayat Wan Mohamad Hafiq Wan Ismail, 13, ditemukan terapung pada 8.21 pagi ini, kira-kira 2 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata bomba yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.56 petang, melakukan pemantauan di lokasi terlibat, sebelum operasi mencari dan menyelamat diserahkan kepada Pasukan Penyelamat di Air.

“Hari ini pencarian dilakukan menggunakan dua bot bermula pukul 8 pagi, dan kira-kira 20 minit kemudian mayat remaja itu ditemukan terapung kira-kira 2 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata mayat dibawa ke Pusat Kawalan Bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619