AGENDA

MetMalaysia: Fasa peralihan monsun dijangka mula 3 Oktober

29 Sep 2022, 12:19 PM
MetMalaysia: Fasa peralihan monsun dijangka mula 3 Oktober

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei.

“Semasa Fasa Peralihan Monsun itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Helmi berkata keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Beliau berkata orang ramai dinasihat untuk berwaspada ketika tempoh fasa peralihan cuaca itu dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web atau media sosial rasmi jabatan itu atau menerusi aplikasi mobil myCuaca.

Orang ramai boleh menghubungi talian utama MetMalaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619