EXCO

Mohon Skim Rawatan Jantung, pesakit terima pembiayaan RM50,000

28 Sep 2022, 3:15 PM
Mohon Skim Rawatan Jantung, pesakit terima pembiayaan RM50,000

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan Selangor mempelawa golongan berpendapatan rendah (B40) memohon Skim Rawatan Jantung yang menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kos pembiayaan sehingga RM50,000 akan diberikan bagi rawatan jantung kepada individu yang layak.

"Skim Rawatan Jantung menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

"Pemohon mestilah golongan B40 dan M40 dengan had maksimum pendapatan RM8,000, lahir atau bermastautin di Selangor sekurangnya 10 tahun," katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim berkenaan menerusi www.pedulisihat.com/cvs

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619